Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi SK Pasir Gudang 1

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. Kunjungan anda amat kami hargai. Klik pada menu di atas untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Tuan Guru Besar SK Pasir Gudang 1

Puan Mazrina Binti Shaharuddin

Warga pendidik SK Pasir Gudang 1

Barisan pentadbir dan guru Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1 Tahun 2016

Be The Best!

SK Pasir Gudang 1 - Trust School.

23 Sep 2016

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2016

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2016

Tarikh:  22 September 2016
Masa: 7.20 - 8.00 pagi
Tempat: Tapak Perhimpunan
Acara: Penyampaian hadiah, persembahan koir, nyanyian lagu "Sehati Sejiwa"


Matlamat

Matlamat utama penganjuran aktiviti sempena sambutan kemerdekaan adalah bagi menanam dan meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan murid SK Pasir Gudang 1.

Objektif

  1. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
  2. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
  3. Menanam rasa bangga dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara.
  4. Menyemai rasa syukur dan menghargai kebebasan dan kemerdekaan negara.

Rasional

Penganjuran aktivi bersempena sambutan kemerdekaan adalah sesuai dan menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya murid mengetahui sejarah negara seterusnya memupuk semangat patriotisme. Di samping itu memenuhi program yang telah dirancang di dalam takwim 
SK Pasir Gudang 1.

Galeri